Isu gambar disunting: Puteri Wales mohon maaf

Isu gambar disunting: Puteri Wales mohon maaf

KATE MIDDLETON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Puteri Wales, Kate Middleton memohon maaf dan mengaku menyunting potret rasminya yang disiarkan oleh Istana Kensington sehingga menyebabkan AFP dan agensi berita lain menarik balik imej itu.

Kate, 42, tidak membuat penampilan di khalayak umum sejak menghadiri upacara sembahyang sempena Hari Krismas di gereja.

Malah, Puteri Wales itu dilaporkan menjalani pembedahan abdominal pada Januari lalu, sehingga mencetuskan spekulasi mengenai kesihatannya.

Pejabat Istana Kensington berusaha untuk menepis khabar angin dengan menyiarkan gambar rasmi yang dikatakan dirakam oleh Putera William di Istana Windsor pada awal minggu lalu.  

Namun, ramai mempersoalkan mengenai keaslian gambar potret Kate yang dikeluarkan sempena Hari Ibu di Britain.

Gambar itu menunjukkan Kate sedang duduk sambil tersenyum di atas kerusi taman, berpakaian seluar jeans, sweater dan jaket gelap, serta dikelilingi oleh tiga anaknya iaitu Puteri Charlotte, Putera Louis dan Putera George.     

Terdapat beberapa ketidakselarasan dalam gambar disiarkan itu antaranya zip jaket Kate tidak sejajar di satu tempat dan kedudukan tidak selari tangan Puteri Charlotte.

Malah, rambut Puteri Charlotte juga dilihat seolah-olah terputus di bahunya.

Menjawab kontroversi yang semakin meningkat, pihak istana mengeluarkan kenyataan yang ditandatangani oleh `C’ untuk Catherine.

“Seperti kebanyakan jurugambar amatur lain, saya kadang-kala bereksperimen dengan melakukan penyuntingan.

“Saya ingin memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang disebabkan oleh gambar keluarga yang kami kongsikan,” jelas kenyataan itu.

Sumber rapat dengan keluarga diraja memberitahu beberapa media tempatan bahawa Kate hanya melakukan `perubahan kecil’ pada gambar terbabit.

Bagaimanapun, Istana Kensington memaklumkan pihaknya tidak akan menerbitkan semula gambar asal yang belum disunting. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN