Doktor pelatih Korea Selatan jadi petani?

Doktor pelatih Korea Selatan jadi petani?

SEORANG pekerja perubatan berjalan melepasi Hospital Universiti Kebangsaan Seoul. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Beberapa doktor pelatih yang mogok di Korea Selatan dilaporkan merancang untuk beralih bidang kerjaya lain termasuk menjadi petani dan usahawan trak makanan sekiranya mereka dipecat atau dikenakan tindakan undang-undang.

Doktor muda menegaskan rancangan pembaharuan tenaga kerja perubatan  dan reaksi kerajaan yang `kejam’ sudah cukup untuk menyebabkan sebahagian golongan itu meninggalkan kerjaya mereka buat selama-lamanya.

Seorang doktor pelatih yang meletak jawatan, Ryu Ok Hada berkata, dia kini merancang untuk menjadi petani.

“Selepas situasi ini berakhir, saya bercadang untuk pergi ke kawasan luar bandar di Yeongdong, wilayah Chungcheong Utara untuk menanam anggur,” katanya. 

Seorang lagi doktor pelatih pula berkata, dia sanggup menjadi usahawan trak makanan daripada meneruskan kerjayanya.

“Saya pasti boleh menjalani kehidupan lebih bahagia dengan menjalankan perniagaan trak makanan di Amerika Syarikat (AS).

“Malah, saya rasa boleh menggembirakan orang ramai tanpa perlu merasai tahap penghinaan seperti ini,” katanya.

Menurut doktor muda, mereka dibayar gaji rendah yang tidak setimpal dan terpaksa menghadapi kerja berlebihan.    

Malah, kumpulan doktor muda itu berpandangan pembaharuan tenaga kerja perubatan akan menjejaskan kualiti perkhidmatan, dengan tidak melakukan sebarang usaha untuk menyelesaikan isu teras dalam penjagaan kesihatan. 

“Walaupun sejumlah besar doktor dihasilkan dan jika mereka tidak bekerja dalam bidang perubatan yang penting, sebaliknya memilih untuk ke klinik swasta atau bidang lain, ia tidak selari dengan matlamat kerajaan,” kata Ketua Korean Intern and Resident Association (KIRA), Park Dan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN