Doktor keluarkan belut hidup dalam perut 

Doktor keluarkan belut hidup dalam perut 

BELUT hidup sepanjang 30 sm dikeluarkan dari perut seorang lelaki di hospital Vietnam.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Pasukan doktor dari Vietnam berjaya menyelamatkan nyawa seorang lelaki muda dengan mengeluarkan belut hidup sepanjang 30 sentimeter (sm) yang menembusi usus mangsa.

Lapor Oddity Central kes aneh itu berlaku pada 20 Mac lalu apabila seorang lelaki berusia 34 tahun dimasukkan ke Pusat Perubatan Daerah Hai Ha di Wilayah Quang Ninh dengan kekejangan perut yang teruk.

Oleh kerana keadannya yang terlalu sakit untuk menjawab pertanyaan tentang simptomnya, kakitangan hospital segera menjalankan pemeriksaan X-ray dan ujian ultrabunyi mengesan objek asing di dalam perutnya serta kebocoran usus dan peritonitis.

Memuatkan artikel berkaitan…

Doktor memutuskan menjalankan pembedahan membuang objek yang mencurigakan itu bagi mengurangkan kecederaan pada usus lelaki berkenaan.

Ketika melihat ke dalam perut pesakit, doktor terkejut apabila mendapati objek asing itu adalah seekor belut hidup sepanjang 30 sm.

Selepas mengeluarkan belut itu, doktor terus mengeluarkan segmen kolorektal nekrotik usus, prosedur halus yang berpotensi tinggi untuk jangkitan kerana berdekatan dengan kawasan rektum.

Lelaki itu bernasib baik apabila pembedahan tersebut berjaya dan dia kini dilaporkan stabil walaupun masih mengalami ketidakselesaan perut yang ringan.

Ditanya bagaimana belut besar boleh berada di dalam perutnya, lelaki berkenaan tidak dapat memberikan jawapan yang jelas, tetapi doktor percaya haiwan licin itu merangkak dari dubur ke kolon pesakit, menggigit ususnya sebelum masuk ke bahagian abdomennya.

Tetapi apa yang benar-benar mengejutkan kakitangan hospital ialah bagaimana belut itu ditemukan masih hidup di dalam badan lelaki tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini