China perketat akses internet menjelang mesyuarat politik

China perketat akses internet menjelang mesyuarat politik

AHLI politik China menghadiri mesyuarat tertinggi di Beijing.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China meningkatkan usaha menyekat perisian yang membolehkan pengguna internet mengakses laman web yang diharamkan semasa mesyuarat politik tertinggi negara itu minggu ini.

Beijing mengendalikan beberapa penapisan internet paling meluas di dunia dengan pengguna web di tanah besar China tidak dapat mengakses segala-galanya daripada Google ke laman web berita tanpa menggunakan rangkaian persendirian maya (VPN).

Ketika beribu-ribu perwakilan berkumpul di Beijing untuk menghadiri mesyuarat tahunan dua sesi minggu ini, perisian VPN bergelut untuk memintas penapisan dengan gangguan yang semakin kerap.

Perkara itu disahkan wakil perkhidmatan Astrill yang berpangkalan di Liechtenstein dan merupakanantara perkhidmatan VPN paling popular untuk warga asing di China.

“Ketika ini, terdapat peningkatan penapisan kerana mesyuarat politik di China.

“Malangnya, tidak semua protokol VPN berfungsi pada masa ini. Kami sedang berusaha secara intensif untuk mengembalikan semua perkhidmatan kepada normal, tetapi waktunya masih tidak dapat diketahui,” kata badan itu dalam satu kenyataan.

Penggunaan VPN tanpa kebenaran kerajaan adalah menyalahi undang-undang di China, sama seperti menggunakan perisian untuk mengakses tapak web yang disekat.

Bagaimanapun kakitangan media negara dan diplomat dibenarkan untuk mengakses laman web yang dilarang seperti media sosial X.

Kawalan keselamatan turut diperketatkan di seluruh Beijing sepanjang mesyuarat tersebut berlangsung dengan pegawai, anjing penghidu dan sukarelawan warga emas berkawal serta memantau sebarang kelakuan mencurigakan oleh pejalan kaki.

Gergasi media sosial China Weibo juga dilaporkan segera menyekat sebarang topik-topik sensitif.

Semua tanda pagar yang membincangkan keputusan Beijing untuk membatalkan sidang akhbar perdana menteri dan masalah ekonomi China yang mengisytiharkan kanak-kanak kelas pertengahan tidak mempunyai masa depan dengan cepat dialih keluar daripada hasil carian.

Media domestik China dikawal oleh kerajaan dan penapisan meluas media sosial sering digunakan untuk menyekat cerita negatif atau liputan kritikal.

Malah pengawal selia sebelum ini juga menggesa pelabur mengelak daripada membaca sebarang laporan berita asing mengenai negara itu.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN