WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken akan membuat lawatan ke Arab Saudi dan Mesir minggu ini bagi membincangkan usaha mencapai gencatan senjata segera di Gaza dan meningkatkan bantuan kemanusiaan ke wilayah itu. Jurucakap Jabatan Negara, Matthew Miller berkata, Blinken akan mengadakan rundingan dengan pemimpin Arab Saudi di Jeddah sebelum ke Kaherah untuk bertemu pihak berkuasa Mesir. Usaha itu merupakan lawatan keenam Blinken ke Asia Barat sejak bermulanya perang…










