Aktivis pro-Palestin rosakkan lukisan Lord Balfour

Aktivis pro-Palestin rosakkan lukisan Lord Balfour

TANGKAP layar rakaman menunjukkan individu merosakkan lukisan Lord Balfour di Kolej Trinity, University Cambridge. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Polis melancarkan siasatan selepas sebuah lukisan menampilkan potret seorang ahli politik yang dikaitkan dengan penubuhan negara haram Israel, dirosakkan.

Lapor BBC, kumpulan Palestine Action mengakui salah seorang aktivisnya bertindak `merosakkan’ lukisan Lord Balfour di Kolej Trinity, University Cambridge.

Menurut kenyataan dimuat naik di laman sesawang Palestine Action, lukisan dihasilkan pada 1914 itu dikoyakkan dan disembur cat merah.   

“Palestine Action merosakkan lukisan dihasilkan Philip Alexius de László yang memaparkan potret Lord Arthur James Balfour, pentadbir penjajah yang menandatangani `Deklarasi Balfour’.

“Seorang aktivis bertindak memotong dan menyembur cat merah terhadap karya seni itu,” jelas kenyataan.   

Rakaman menunjukkan individu itu merosakkan lukisan tersebut turut disiarkan di media sosial.  

“Kami menerima laporan mengenai kerosakan jenayah terhadap sebuah lukisan di Kolej Trinity, Cambridge.

“Pegawai kami berada di lokasi kejadian untuk mendapatkan bukti bagi membantu siasatan.

“Setakat ini, tiada penahanan dilakukan,” kata jurucakap Polis Cambridgeshire.

Dilaporkan, Lord Balfour merupakan Menteri Luar pada tahun 1917 semasa `Deklarasi Balfour’ ditandatangani yang antara lain menyatakan sokongan Britain untuk penubuhan negara haram Israel di wilayah Palestin.

Ia disifatkan oleh beberapa ahli sejarah sebagai titik permulaan konflik Arab-Israel.

Sementara itu, jurucakap Kolej Trinity memaklumkan pihaknya kesal dengan kejadian berlaku pada potret Lord Balfour semasa waktu operasi awam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN