SOFIA: Seorang wanita dari Bulgaria yang memiliki bibir terbesar di dunia merancang untuk mendapatkan `wajah baharu’ pada tahun ini selepas melakukan rawatan suntikan silikon pada Krismas lalu. Bagaimanapun, keluarga, rakan dan kenalan Andrea Ivanova amat bimbang dengan kesihatannya. Lapor Mirror, Andrea dilihat seakan-akan tidak akan berhenti obses untuk membesarkan lagi bibirnya dalam masa terdekat. Malah, keinginan Andrea untuk melakukan lebih banyak prosedur suntikan muncul selepas wanita itu melelong `ciuman mistletoe’ untuk mendapatkan wang tunai semasa musim perayaan. Bintang media sosial berusia 26 tahun membelanjakan kira-kira 20,000 pound (RM119,529) untuk bibirnya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya