Tular video budaya kerja bebas di Microsoft

Tular video budaya kerja bebas di Microsoft

PEKERJA menunjukkan bilik tidur siang yang disediakan di pejabat Microsoft. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HYDERABAD: Syarikat teknologi gergasi, Microsoft terkenal dengan tawaran perkhidmatan dan budaya kerja yang unik kepada para pekerjanya.

Malah, pekerja yang bekerja di gergasi teknologi itu dikatakan mempunyai segala kemudahan ditawarkan termasuk pejabat yang cantik, minuman percuma, bilik tidur siang, keseimbangan kerja dan kehidupan serta fleksibiliti di tempat kerja.

Satu rakaman video menunjukkan faedah istimewa yang disediakan untuk pekerja Microsoft, tular dalam media sosial.

Lapor NDTV, video itu dikongsikan oleh seorang jurutera pembangunan perisian yang bekerja di syarikat berkenaan.

Dalam klip video itu, beberapa kakitangan dilihat menyertai trend dengan mempamerkan faedah istimewa tambahan yang dinikmati mereka di tempat kerja.

Kemudahan syarikat seluas 21.85 hektar yang terletak di Hyderabad, India itu dilaporkan berfungsi sebagai lokasi penggambaran video berkenaan.    

Tempat kerja itu mempunyai restoran aneka masakan di setiap tingkat yang dibuka sepanjang masa, dengan menyediakan ruang istirahat untuk bersantai bersama rakan sekerja.

Selain itu, para pekerja dibenarkan bekerja dari mana-mana sahaja serta boleh memakai baju-t syarikat sepanjang minggu.

“Pekerja dapat menikmati keseimbangan di antara kerja dan kehidupan. Syarikat juga menyediakan bilik tidur siang bagi mereka berehat. 

“Antara kerja dilakukan mereka terdiri daripada teknologi kecerdasan buatan (AI) sehinggalah permainan,” jelas laporan. 

Berdasarkan laman sesawang Microsoft, pejabat di Hyderabad juga menyediakan kemudahan lain seperti khidmat ambulans dan farmasi 24 jam, amfiteater luar yang mempunyai kapasiti 800 tempat duduk, perkhidmatan bas berhawa dingin dengan sambungan WiFi, gimnasium serba lengkap dengan jurulatih, yoga dan kelas aerobik.      

Sejak dikongsi, video itu mendapat lebih 20,000 tanda suka dan menerima pelbagai reaksi daripada warganet.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN