Tujuh terbunuh dalam serangan dron Russia di Kharkiv

Tujuh terbunuh dalam serangan dron Russia di Kharkiv

PASUKAN bomba cuba memadamkan kebakaran akibat serangan dron Russia di Kharkiv, Ukraine. - REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Sekurang-kurangnya tujuh orang termasuk tiga kanak-kanak terbunuh dalam serangan dron Russia menyasarkan sebuah stesen minyak di bandar Kharkiv, timur Ukraine.

Kejadian itu disahkan oleh Gabenor Kharkiv, Oleg Synegubov menerusi aplikasi Telegram.

“Malangnya angka kematian akibat serangan penjajah ke atas Kharkiv meningkat kepada tujuh mangsa.

“Antara mangsa terbunuh termasuk tiga kanak-kanak yang terdiri daripada budak berusia tujuh dan empat tahun serta seorang bayi berusia kira-kira enam bulan,” katanya.

Sebelum ini, Datuk Bandar Kharkiv, Igor Terekhov memaklumkan kebakaran disebabkan serangan dron itu merebak ke beberapa rumah sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 50 orang terpaksa berpindah.

“Dron Shahed buatan Iran terkena sebuah stesen minyak menyebabkan bahan api tumpah dan 14 rumah persendirian terbakar,” katanya.

Tambah beliau, api sedang marak merentasi kawasan yang luas.

Sementara itu, pendakwa wilayah Kharkiv, Oleksandr Filachkov berkata, tiga dron melanda daerah Nemyshlyanskyi Kharkiv. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN