Tentera Ukraine berundur dari bandar Avdiivka

Tentera Ukraine berundur dari bandar Avdiivka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Tentera Ukraine dilaporkan berundur dari timur bandar Avdiivka ketika situasi di bandar berkenaan semakin merosot sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Perkara itu disahkan oleh Jeneral Oleksandr Tarnavasky yang mengawal kawasan tersebut.

Pengunduran itu merupakan kemenangan simbolik penting bagi Russia menjelang ulang tahun insiden pencerobohan di Ukraine pada 24 Februari 2022 dan sejak merampas Bakhmut Mei lalu.

“Berdasarkan situasi operasi di sekitar Avdiivka, untuk mengelakkan pengepungan dan keselamatan nyawa dan kesihatan anggota kerahan, saya memutuskan untuk memanggil semula unit kami dari Avdiivka dan bergerak ke pertahanan yang lebih baik.

“Dalam keadaan yang mana musuh sedang mara, inilah satu-satunya keputusan dianggap paling tepat.

“Pengepungan dielakkan, pasukan dipanggil pulang dan askar kami akan berada di barisan hadapan ditetapkan,” kata Tarnavsky menerusi aplikasi Telegram.

Ia merupakan keputusan paling penting yang pertama kali dilakukan oleh ketua tentera baharu Ukraine, Oleksandr Syrsky selepas pelantikannya pada 8 Februari lalu.

“Askar kami melaksanakan tugas mereka dengan bermaruah, melakukan segala mungkin untuk memusnahkan unit tentera Russia yang dan menyebabkan kerugian besar kepada musuh,” kata Syrsky di Facebook..

Avdiivka, yang mempunyai kira-kira 34,000 penduduk sebelum pencerobohan Russia, mempunyai nilai simbolik yang penting.

Bandar perindustrian itu terletak di wilayah Donetsk di Ukraine, yang menyaksikan pertempuran paling teruk dalam pencerobohan hampir dua tahun oleh Russia dan didakwa oleh Kremlin sebagai sebahagian daripada Russia. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN