Sukar rekrut askar antara faktor wajib jalani ketenteraan

Sukar rekrut askar antara faktor wajib jalani ketenteraan

BEBERAPA anggota tentera Myanmar melakukan rondaan di sebuah jalan di Yangon. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Perkhidmatan ketenteraan mandatori bukanlah merupakan satu amalan luar biasa di seluruh dunia.

Di Myanmar, undang-undang sedemikian mula diperkenalkan pada tahun 1959, namun tidak pernah dikuatkuasakan.

Selepas rampasan kuasa tentera pada Februari 2021, ketua junta, Min Aung Hlaing pernah memberi bayangan kerahan tenaga mungkin berlaku, namun sehingga baru-baru ini junta Myanmar mengumumkan akan mewajibkan perkhidmatan ketenteraan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Myanmar menguatkuasakan undang-undang membenarkan tentera memanggil semua lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas untuk berkhidmat dalam pasukan itu sekurang-kurangnya selama dua tahun.

Pengarah eksekutif Institut Keamanan dan Keselamatan Myanmar, Min Zaw Oo berpandangan tiga faktor utama yang menjurus kepada tindakan mewajibkan perkhidmatan ketenteraan.

Menurut beliau, faktor pertama, tentera Myanmar sering menghadapi kesukaran untuk merekrut askar, satu trend yang diperhatikan selama beberapa dekad.

Katanya, selain itu, tentera Myanmar juga sudah menjadi `terlalu tegang’ sejak rampasan kuasa, tanpa mempunyai pasukan simpanan yang mencukupi untuk berkhidmat kepada mereka.

Jelas beliau, faktor ketiga disebabkan serangan berskala besar Operasi 1027 dilancarkan kumpulan bersenjata etnik minoriti pada Oktober tahun lalu yang mengejutkan junta.

“Tentera Myanmar kehilangan banyak wilayah, malah terdapat juga isu-isu lain seperti dron yang menjadi ancaman utama kepada pasukan tentera.

“Jadi, pada masa ini, apa yang mereka perlukan adalah memperkukuhkan lagi pasukan tenteranya,” katanya.

Pada Ogos tahun lalu, Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) memaklumkan bahawa pihaknya membekalkan sekurang-kurangnya 400 dron kepada kumpulan pemberontak di seluruh negara.

Jelas NUG, dron itu untuk digunakan ketika melancarkan serangan dan mengugurkan bom ke atas tentera.

Sementara itu, NUG dalam satu kenyataan mengecam dan menyifatkan keputusan mewajibkan perkhidmatan ketenteraan sebagai melanggar undang-undang.

Menurut NUG, rakyat Myanmar tidak diwajibkan untuk mematuhi perintah tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini