Sewa rumah mahal, pelajar naik pesawat ke kolej

Sewa rumah mahal, pelajar naik pesawat ke kolej

PENERBANGAN Air Canada-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VANCOUVER: Seorang pelajar Universiti British Columbia (UBC) mendapat perhatian media selepas berkongsi rutinnya menaiki pesawat ke kolej dua kali seminggu demi mengelak membayar sewa rumah yang mahal di bandar berkenaan.

Tim Chen yang merupakan penduduk Calgary mengakui tambang penerbangan ke kolejnya jauh lebih murah daripada membayar sewa bulanan di Vancouver. 

Pelajar itu secara kasar membelanjakan AS$150 (RM718.93) setiap penerbangan pergi balik dengan jumlah hampir AS$1200 sebulan (RM5,751). 

Jumlah itu lebih rendah berbanding menyewa sebuah apartmen satu bilik di Vancouver yang menelan belanja sekitar AS$2100 (RM10,065) sebulan.

”Saya seakan seorang ‘super komuter’ di UBC dan saya tinggal di Calgary. Saya perlu masuk kelas setiap Selasa dan Khamis, jadi saya terbang ke Vancouver pada waktu pagi dan kembali ke Calgary pada waktu malam. 

“Saya menaiki Air Canada untuk semua penerbangan dan sepanjang Januari, saya melakukan tujuh perjalanan pergi dan balik seperti ini. 

“Saya berjimat hampir separuh perbelanjaan daripada menyewa di Vancouver kerana saya boleh terus tinggal bersama ibu bapa saya, malah mampu membantu mereka membayar bil utiliti,” katanya di laman Reddit.

Ramai mengakui kagum dengan keputusan Chen dan menyifatkannya sebagai penyelesaian moden paling berkesan, namun terdapat juga warga net yang merasakan perjalanan udara yang kerap agak meletihkan dan memakan masa.

”Satu jam perjalanan tidaklah teruk. Tetapi perlu hadir ke lapangan terbang begitu kerap terasa menyusahkan. Selain itu, jadual akan menjadi agak tidak fleksibel, saya pasti akan menghadapi masalah besar jika terlepas penerbangan,” kata seorang warga net.

Dalam pada itu, Naib Presiden Bersekutu Perumahan Pelajar dan Perkhidmatan Komuniti UBC, Andrew Parr berkata, beliau memahami masalah yang dihadapi pelajar itu dan situasi sedemikian mendorong pihak universiti untuk membina kolej kediaman di bawah harga pasaran.

”Kami menyedari mencari penginapan sewa mampu milik adalah satu cabaran besar bagi sesetengah pelajar kami, begitu juga dengan orang lain yang menyewa dalam komuniti ini. Di Vancouver dan Kelowna memang benar ia amat sukar, ” kat Parr kepada Daily Hive.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN