AMMAN: Raja Jordan, Raja Abdullah II dilaporkan mengambil bahagian dalam misi airdrop atau menggugurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza. Langkah itu dilihat menonjolkan peranan kerajaan Jordan dalam mendesak Israel berhenti menyekat usaha membantu menangkis penyakit, kebuluran di wilayah yang dilanda konflik. Sebuah video yang dikeluarkan oleh stesen televisyen milik kerajaan, Al Mamlaka menunjukkan Raja Abdullah II memakai pakaian dan kelengkapan tentera menaiki pesawat dalam misi terbaharu tentera udara Jordan untuk menghantar…










