Puak pemisah di Papua bakal bebaskan juruterbang NZ

Puak pemisah di Papua bakal bebaskan juruterbang NZ

KAPTEN Philip Mehrtens dijadikan tebusan oleh puak pemisah sejak setahun lalu. - AP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kumpulan pemisah di wilayah Papua memaklumkan akan membebaskan juruterbang warga New Zealand, Kapten Philip Mehrtens yang menjadi tebusan selama setahun lalu.

Bagaimanapun, setakat ini, tidak jelas bila Mehrtens akan dibebaskan.   

Ketua Staf Umum Tentera Pembebasan Nasional Papua Barat (TPNPB), Terianus Satto menerusi kenyataan memaklumkan juruterbang akan dibebaskan untuk melindungi kemanusiaan dan hak asasi manusia.     

Sementara itu, Kementerian Luar dan Perdagangan New Zealand masih belum memberi respon ketika diminta mengulas mengenai perkara ini.

Isnin lalu, Menteri Luar New Zealand, Winston Peters menggesa Mehrtens dibebaskan dengan segera tanpa sebarang ancaman.

Katanya, penahanan juruterbang itu tidak memberi manfaat kepada mana-mana pihak.

Jelas Peters, agensi kerajaan New Zealand bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia sepanjang tahun lalu untuk membolehkan pembebasan Mehrtens.

Malah, Kementerian Luar dan Perdagangan New Zealand juga dilaporkan memberi sokongan kepada keluarga Mehrtens.

Mehrtens berkhidmat untuk syarikat penerbangan Indonesia, Susi Air ketika beliau diculik oleh kumpulan bersenjata yang diketuai oleh Egianus Kogoya selepas pesawat dipandunya dibakar ketika mendarat di lapangan terbang Nduga pada Februari tahun lalu. 

Sebelum ini, kumpulan pemisah menuntut Indonesia mengiktiraf kemerdekaan Papua sebagai balasan untuk membebaskan warga New Zealand itu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN