Polis rampas 72 senjata api dari rumah bintang filem Perancis

Polis rampas 72 senjata api dari rumah bintang filem Perancis

ALAIN DELON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Polis merampas kira-kira 72 senjata api dan lebih 3,000 butir peluru dari rumah pelakon legenda Perancis, Alain Delon.

Lapor BBC, sebuah lapangan sasar menembak juga ditemukan di rumah bintang filem itu di Douchy-Montcorbon, kira-kira 135 kilometer (km) di selatan Paris.

Menurut pendakwa raya, pelakon berusia 88 tahun itu tidak mempunyai permit yang membenarkannya memiliki senjata api.

Delon merupakan bintang era keemasan perfileman Perancis, yang terkenal dengan personaliti lasak di skrin dalam filem popular seperti The Samurai dan Borsalino.

Penggeledahan itu dibuat selepas seorang pegawai yang dihantar ke kediaman pelakon berkenaan, menemukan senjata dan memaklumkan kepada mahkamah.

Delon mengalami masalah kesihatan yang teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini selepas diserang angin ahmar pada 2019.

Malah, beberapa media Perancis turut melaporkan pelakon veteran itu menghidap satu lagi masalah kesihatan serius, yang tidak didedahkan dalam laporan berita.

Konflik keluarga Delon juga menjadi tajuk utama media di Perancis.

Kali terakhir, Delon membuat penampilan di khalayak umum adalah semasa menerima anugerah Palme d’Or di Festival Filem Cannes pada tahun 2019.   

Pada September 2019, Delon pernah menghadiri pengebumian rakan bintang, Jean-Paul Belmondo di Paris.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN