Junta Myanmar lanjut darurat enam bulan lagi

Junta Myanmar lanjut darurat enam bulan lagi

MESYUARAT majlis pertahanan dan keselamatan Myanmar yang diadakan di Naypyidaw. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Majlis Pertahanan dan Keselamatan Myanmar bersetuju untuk melanjutkan perintah darurat selama enam bulan lagi.

Langkah itu dilihat sekali lagi menangguhkan pilihan raya yang dijanjikan oleh junta tentera.

“Pemangku Presiden, U Myint Swe mengumumkan perintah darurat dilanjutkan selama enam bulan lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keputusan itu diambil memandangkan situasi masih tidak normal dan agar dapat meneruskan proses memerangi pengganas,” kata junta dalam satu kenyataan.

Junta tentera mengisytiharkan perintah darurat selepas menggulingkan kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi pada Februari tahun 2021.

Ia sekali gus mencetuskan protes besar-besaran rakyat dan tindakan keras terhadap perbezaan pendapat.

Sejak itu, junta tentera melanjutkan perintah darurat beberapa kali ketika pasukannya cuba memerangi kumpulan bersenjata akibat rampasan kuasa berkenaan di seluruh negara.

Tindakan itu sekali gus menangguhkan pilihan raya baharu yang dijanjikan untuk diadakan.

Perlembagaan 2008 yang digubal oleh tentera Myanmar, yang didakwa junta masih berkuat kuasa memerlukan pihak berkuasa mengadakan pilihan raya baharu dalam tempoh enam bulan selepas perintah darurat ditarik balik.

Berdasarkan laporan kumpulan pemantau tempatan, lebih 4,400 orang terbunuh dalam tindakan keras tentera yang disebabkan oleh perbezaan pendapat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini