GAZA CITY: Sekurang-kurangnya 27,708 penduduk Palestin terbunuh manakala 67,174 lagi cedera dalam serangan berterusan Israel di Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu. Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Gaza menerusi dalam kenyataan. Lapor Agensi Anadolu, serangan Israel mengorbankan 123 orang dan 169 lagi cedera dalam tempoh 24 jam yang lalu. “Ramai orang masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya. Pasukan penyelamat tidak dapat mencapai mereka,” jelas kenyataan itu. Israel menggempur Semenanjung Gaza sebagai tindak balas kepada serangan mengejut kumpulan Hamas ke atas rejim Zionis itu pada Oktober tahun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya