Houthi dakwa serang kapal AS, Britain di Laut Merah - Utusan Malaysia

Houthi dakwa serang kapal AS, Britain di Laut Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANAA: Kumpulan Houthi berpangkalan di Yaman mendakwa pasukannya menyerang beberapa kapal milik Amerika Syarikat (AS) dan Britain dalam dua kejadian berasingan di Laut Merah.

Salah satu kejadian itu disahkan oleh firma keselamatan.

Jurucakap Houthi, Yahya Saree menerusi kenyataan memaklumkan serangan pertama menyasarkan kapal AS yang dikenali sebagai Star Nasia.

“Manakala satu lagi serangan menyasarkan kapal Britain, Morning Tide dalam kejadian berasingan,” jelas Yahya.

Terdahulu, firma keselamatan Ambrey mengesahkan sebuah kapal kargo Britain diserang dengan dron.

Kumpulan Houthi disokong Iran melancarkan serangan menyasarkan kapal komersial berkaitan Israel atau menuju ke pelabuhan Israel sejak November tahun lalu.

Serangan itu dilancarkan sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin ketika rejim Zionis meneruskan operasi ketenteraan di Gaza.

Tindakan itu mencetuskan kebimbangan bahawa perang Israel-Hamas boleh merebak dan menggugat kestabilan Asia Barat.

Serangan Houthi ke atas kapal komersial di Laut Merah menyebabkan banyak syarikat perkapalan terbesar dunia mengubah laluan perjalanan sekaligus mengakibatkan gangguan kepada perdagangan global.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×