Gempa 5.6 magnitud landa Xinjiang

Gempa 5.6 magnitud landa Xinjiang

GEMPA BUMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud menggegarkan Akqi County di wilayah Xinjiang, China.

Menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC), bencana tersebut dikesan pada pukul 12.14 tengah hari (waktu tempatan) membabitkan kedalaman 11 kilometer.

Xinhua yang memetik pihak berkuasa tempatan berkata, setakat pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) tiada kematian atau kediaman runtuh dilaporkan.

Laporan itu turut memaklumkan kawasan sekitar pusat gempa itu hanya dihuni sejumlah kecil penduduk.

Jelas agensi berita berkenaan, rangkaian pengagihan kuasa dan grid utama tempatan masih beroperasi seperti biasa, manakala perkhidmatan kereta api tempatan turut tidak terjejas.

Pada 23 Januari lalu, satu gempa bumi berukuran 7.1 magnitud menggegarkan wilayah sempadan Kyrgyzstan-Xinjiang sehingga meragut sekurang-kurang tiga nyawa. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN