Artifak purba misteri ditemukan di England

Artifak purba misteri ditemukan di England

ARTIFAK dodecahedron milik kerajaan Rom purba yang ditemukan di England baru-baru ini.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sekumpulan ahli arkeologi amatur di England menemukan artifak purba misteri dipanggil dodecahedron yang dipercayai berasal dari Rom.

Dodecahedron ialah objek aloi tembaga bulat antara saiz bola golf atau limau gedang yang dicirikan oleh bentuk 12 sisi dengan pelbagai lubang dan tombol tetapi fungsinya masih tidak jelas sehingga kini.

Walaupun lebih 100 artifak itu ditemui di seluruh Eropah, Kumpulan Sejarah dan Arkeologi Norton Disney menyifatkan dodecahedron sebagai salah satu ‘enigma hebat’ bidang arkeologi.

Menurut  organisasi berkenaan, artifak itu dianggap sangat istimewa dan penuh misteri kerana tiada penerangan visual atau bertulis yang diketahui tentangnya dalam kesusasteraan Rom.

“Sejumlah besar masa, tenaga dan kemahiran diambil untuk mencipta dodecahedron dan pastinya ia tidak digunakan untuk tujuan biasa. Sebelum ini ada yang mengatakan alat itu digunakan untuk tujuan ritual dan keagamaan.

“Masyarakat Rom kuno penuh dengan kepercayaan karut. Kaitan yang berpotensi dengan amalan agama tempatan ialah teori kerja semasa kami. Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan untuk mengesahkan kegunaan sebenarnya,” jelas badan itu.

Penemuan terbaharu itu juga disifatkan sangat unik kerana keutuhan dan keadaannya yang masih sempurna serta menjadi satu-satunya contoh yang ditemui di wilayah tengah England yang dikenali sebagai Midlands.

Kumpulan arkeologi itu mendedahkan penemuan berkenaan dalam program arkeologi BBC Digging for Britain dan kini dipamerkan di Pusat Perang Saudara Kebangsaan di Muzium Newark di England.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN