Arab Saudi ulangi gesaan laksana gencatan senjata di Gaza

Arab Saudi ulangi gesaan laksana gencatan senjata di Gaza

ARAB Saudi mengadakan mesyuarat Kabinet. - SPA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Mesyuarat Kabinet Arab Saudi yang dipengerusikan oleh Raja Salman Abdulaziz al-Saud mengulangi gesaan negara itu untuk melaksanakan gencatan senjata sepenuhnya di Gaza dan perlindungan kepada rakyat Palestin.

Majlis itu menekankan keperluan untuk masyarakat antarabangsa mengambil tindakan dan menggesa Israel bertanggungjawab atas pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Kabinet itu juga membincangkan komitmen Arab Saudi untuk mengekalkan keselamatan dan keamanan di rantau itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kabinet turut membincangkan hal ehwal dalaman, memfokuskan pada pembangunan sektor penting yang sejajar dengan matlamat Wawasan 2030.

Ia termasuk pelancaran strategi untuk bioteknologi bagi meningkatkan kesihatan dan  kualiti hidup, melindungi alam sekitar, memastikan bekalan makanan dan air selamat serta menggalakkan peluang ekonomi.

Sementara itu, Menteri Luar Britain, Lord Cameron memaklumkan United Kingdom (UK) boleh mempercepatkan pengiktirafan negara Palestin dalam usaha membawa keamanan di rantau tersebut.

Menjelang lawatan kerja pemimpin itu ke Asia Barat, Cameron dalam satu majlis anjuran Majlis KOnservatif Asia Barat di Westminster memaklumkan penduduk Palestin perlu melihat `kemajuan’ menuju ke arah penyelesaian dua negara.

“Apabila perkara itu berlaku, kami bersama sekutu akan melihat isu pengiktirafan negara Palestin termasuk di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Ia boleh menjadi antara perkara yang membantu menjadikan proses ini  tidak berubah,” katanya di majlis itu.

Bagaimanapun, kata beliau, pengiktirafan itu memerlukan kerajaan Palestin baharu dengan barisan pemimpin yang baik, teknokratik dan tegas untuk membawa keamanan di Semenanjung Gaza 

Minggu lalu, Cameron bertemu dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Baitulmuqaddis dalam usaha mendesak pemimpin itu mempertimbangkan penyelesaian dua negara untuk menangani krisis semasa.

Namun, Cameron turut memberi bayangan bahawa UK dan pihak lain boleh melangkah ke hadapan tanpa mengambil kira pendirian Israel. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini