Sembilan militan terbunuh dalam pertempuran di Filipina

Sembilan militan terbunuh dalam pertempuran di Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Sembilan anggota kumpulan militan termasuk tiga suspek pengeboman besar-besaran di selatan Filipina terbunuh dalam pertempuran dengan tentera semalam.

Tentera menyerbu kira-kira 15 suspek Dawlah Islamiyah yang bersembunyi di ladang gunung berhampiran dengan perbandaran selatan terpencil di Piagapo.

Komander Briged Tentera, Brigedier Jeneral Yegor Rey Barroquillo berkata, pertempuran itu menyebabkan sembilan lelaki bersenjata maut dan empat anggota tentera cedera, termasuk dua yang dibawa ke hospital akibat kecederaan serius.

Beliau berkata, tiga daripada enam suspek dalam pengeboman di sebuah pusat pendidikan di bandar selatan Marawi bulan lalu adalah antara yang terbunuh dalam pertempuran itu.

“Daripada sembilan itu, tiga terlibat secara langsung dalam pengeboman  di Universiti Negeri Mindanao di Marawi 4 Disember lalu yang menyebabkan empat orang maut dan berpuluh-puluh cedera,” kata Barroquillo.

Barroquillo berkata, tiga lagi suspek pengeboman masih dalam buruan termasuk dalang utama insiden tersebut yang merupakan bekas pelajar universiti itu.

“Renjer Pengakap Tentera Darat yang terlatih dalam pertempuran hutan, merangkak ke sekumpulan rumah ladang gunung di mana suspek mencari perlindungan untuk mengelak pemburuan selepas pengeboman.

“Enam lelaki bersenjata dapat melarikan diri dan dalang utama yang dikenali sebagai Engineer adalah antara mereka,” katanya.

Serangan militan ke atas bas, gereja Katolik dan pasar awam sering berlaku sejak beberapa dekad di selatan negara itu.

Manila menandatangani perjanjian damai dengan kumpulan pemberontak terbesar, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) pada 2014.

Tetapi kumpulan kecil pejuang yang menentang perjanjian damai itu masih kekal, termasuk militan yang mengaku taat setia kepada kumpulan Daesh.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN