Amazon berhentikan ratusan pekerja

Amazon berhentikan ratusan pekerja

BANGUNAN Amazon di North Las Vegas, Nevada. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Firma gergasi e-dagang Amerika Syarikat (AS), Amazon dilaporkan sedang memberhentikan beratus-ratus pekerja di Prime Video dan MGM Studios.

Pemberhentian itu dimaklumkan menerusi memo dihantar kepada pekerja  pada Rabu lalu. 

“Kami membuat keputusan sukar untuk mengurangkan saiz tenaga kerja syarikat,” kata Ketua Hiburan Amazon, Mike Hopkins dalam memo berkenaan yang dilaporkan oleh beberapa media.

Tindakan itu menyusuli pemberhentian puluhan ribu pekerja syarikat gabungan Amazon sepanjang tahun 2022 dan 2023 yang kebanyakannya terlibat dalam jabatan pengiklanan, sumber manusia dan unit pengkomputeran, selain perkhidmatan permainan, Twitch.

“Amat sukar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada warga Amazon yang berbakat dan memberikan sumbangan bermakna bagi pihak pelanggan, pasukan dan syarikat,” jelas Hopkins.

Menurut syarikat itu, pekerja Amazon di AS sudah dimaklumkan mengenai status kerja mereka pada Rabu lalu dan pekerja di rantau lain pula akan diberitahu pada akhir minggu.

“Kami sudah mengenal pasti peluang untuk mengurangkan atau menghentikan pelaburan dalam bidang tertentu, sambil meningkatkan pelaburan kami dan menumpukan pada kandungan dan inisiatif produk yang memberikan impak paling besar.

“Hasil daripada keputusan ini, kami akan menamatkan ratusan peranan di seluruh Prime Video dan organisasi Amazon MGM Studios,” kata Hopkins.

Sementara itu, Twitch juga memaklumkan pekerjanya mengenai pemberhentian yang bakal menjejaskan kira-kira 35 peratus tenaga kerja syarikat itu.

“Kami terpaksa mengambil langkah untuk mengurangkan jumlah pekerja syarikat dengan hanya lebih 500 orang di seluruh Twitch.  

“Ia adalah hari yang amat sukar buat semua,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Dan Clancy dalam catatan di blognya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya