Zionis dakwa pintas dua roket dilancarkan dari Gaza - Utusan Malaysia

Zionis dakwa pintas dua roket dilancarkan dari Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMAQDIS: Tentera Israel mendakwa berjaya memintas roket yang dilancarkan dari Gaza awal pagi tadi, beberapa jam sebelum tempoh pemberhentian sementara perang dijadualkan tamat.

Susulan serangan itu, siren amaran dibunyikan bagi memastikan penduduk setempat bersiap siaga, selepas suasana tenang selama tujuh hari perang dihentikan.

Penyiar awam Israel, Kan News, melaporkan setakat ini tiada komen dibuat oleh Hamas atau mana-mana pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu.

Israel berkata sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome miliknya berjaya memintas tembakan berkenan.

Lewat semalam, media berkaitan Hamas melaporkan dua letupan dan tembakan kedengaran di utara Semenanjung Gaza tetapi tiada butiran lanjut diberi. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN