Wanita nyaris maut tercekik berus gigi di Sepanyol - Utusan Malaysia

Wanita nyaris maut tercekik berus gigi di Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GALDAKAO : Seorang wanita berusia 21 tahun nyaris maut selepas tercekik berus gigi selepas menggunakannya untuk mengeluarkan secebis makanan tersekat dalam kerongkongnya.

Heizea dari Galdakao, Sepanyol berkata, pada 29 November lalu dia memakan hidangan ayam belanda sehingga menyebabkannya tercekik.

Sebagai kaedah terdesak mengeluarkan makanan itu, Heizea mengambil berus giginya dan cuba menarik keluar cebisan itu.

Namun, cubaan mengeluar makanan itu gagal apabila berus gigi terlepas dari genggaman tangannya lalu termasuk dalam kerongkong.

Menurut New York Post, Heiza menjelaskan, dia perlu mengeluarkan cebisan makanan itu dengan kadar segera kerana tiada sesiapa berada disekelilingnya.

“Ayah saya tidak dapat membantu kerana dia berkerusi roda, jadi saya terpaksa bertindak sendiri menggunakan berus gigi.

“Oleh kerana keadaan semakin teruk, saya mengambil benda pertama untuk dipegang iaitu berus gigi untuk cuba mengeluarkan cebisan makanan itu,” katanya.

Wanita itu kemudian dikejarkan ke hospital dan semasa dalam perjalanan ke sana, dia tidak berasa sakit.

“Mereka (kakitangan hospital) bergegas mengeluarkan peranti pergigian dalam prosedur dilakukan selama 40 minit dalam keadaan saya separuh sedar.

“Mereka menggunakan benang pembedahan dengan melilit di kepala berus dan berjaya menariknya keluar.

“Apabila saya terjaga, berus gigi itu diletakkan atas meja sisi katil dan mujurlah dapat bernafas seperti sedia kala,” tambahnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya