Sepanyol umum tidak sertai pakatan Laut Merah AS - Utusan Malaysia

Sepanyol umum tidak sertai pakatan Laut Merah AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Sepanyol mengumumkan tidak akan menyertai pakatan diketuai Amerika Syarikat (AS) untuk melindungi perkapalan Laut Merah daripada serangan pemberontak Huthi Yaman.

Huthi yang disokong Iran melakukan beberapa serangan ke atas perkapalan Laut Merah dikatakan untuk menyokong rakyat Palestin semasa perang Israel-Hamas di Gaza.

Khamis lalu, Pentagon berkata, 20 negara menyertai gabungan pimpinan Washington untuk melindungi lorong perkapalan utama tersebut.

Namun Kementerian Pertahanan Sepanyol memaklumkan tidak akan mengambil bahagian dalam pakatan itu.

Walaupun tiada alasan diberikan, akhbar Sepanyol melaporkan, keputusan itu didorong oleh politik domestik.

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez sedang dalam proses membentuk gabungan dan memerlukan sokongan parti kiri radikal Sumar, yang menentang dasar luar AS.

Golongan Huthi mengalu-alukan pendirian Sepanyol, dengan Timbalan Menteri Luar Negeri, Hussein al-Ezzi berkata, pihaknya amat menghargai keengganan Sepanyol untuk menyertai pembohongan AS dan Britain dalam isu pelayaran maritim.

Jurucakap Pentagon, Mejar Jeneral Pat Ryder berkata, pasukan pakatan berkenaan akan berfungsi sebagai peronda lebuh raya.

“Kami akan meronda di Laut Merah dan Teluk Aden untuk bertindak balas dan membantu kapal komersial yang sedang transit di laluan air antarabangsa yang penting ini apabila perlu,” jelasnya. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN