NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) hari ini akan mengundi bagi ketetapan baharu, yang akan menggesa ‘pemberhentian permusuhan yang mendesak dan berkekalan’ di Gaza.
Undian tersebut dibuat selang beberapa hari selepas Amerika Syarikat (AS) menolak ketetapan UNSC, yang menyeru pelaksanaan ‘gencatan senjata kemanusiaan’ di wilayah Palestin tersebut, di mana Israel terus melancarkan serangan yang meragut nyawa sebagai tindak balas kepada serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.
AS turut menggunakan kuasa veto dalam menolak ketetapan Majlis Keselamatan PBB berhubung Israel, Gaza
Namun, dalam UNGA baru-baru inni, 193 anggota PBB mengundi untuk melaksanakan gencatan senjata, dengan 153 anggota memihak, jauh melebihi 140 atau lebih negara yang secara rutin menyokong ketetapan yang mengutuk Rusia kerana pencerobohannya ke atas Ukraine.
Ketetapan UNSC yang akan datang itu, diperkenalkan oleh negara-negara Arab berlandaskan undian Perhimpunan Agung pada Selasa lalu, yang menerima sokongan antarabangsa yang amat kukuh, sekalipun nasib teks terkini masih tidak menentu.
Draf baharu itu, yang dirangkakan oleh Emiriah Arab Bersatu UAE) dan dilihat oleh agensi berita AFP, menggesa bagi ‘pemberhentian pemusuhan yang mendesak dan berterusan’, untuk membenarkan Gaza menerima akses bantuan kemanusiaan dengan selamat dan tanpa disekat.