Remaja maut makan beri beracun di taman Manchester

Remaja maut makan beri beracun di taman Manchester

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang remaja lelaki maut selepas memakan buah beri yew beracun semasa bersiar-siar bersama ayahnya di Manchester.

Benn Curran-Nicholls, 14, rebah selepas bersiar-siar bersama bapanya di Taman Fletcher Moss di perkampungan Didsbury September lalu

Remaja itu dikejarkan ke hospital namun kemudian disahkan meninggal dunia.

Inkues di mahkamah berkata, Benn yang mempunyai autisme teruk gemar memanjat pokok yew ketika bersiar-siar setiap hari dan bapanya tidak menyedari risiko memakan buah beri daripada pokok itu.

Koroner Andrew Bridgman sudah mengeluarkan laporan tentang bahaya memakan beri daripada pokok yew ekoran kejadian itu.

“Benn makan beberapa biji buah beri pokok yew dan juga beberapa helai daunnya. Bapa Benn tidak mengetahui sifat beracun beri serta daun pokok yew menyebabkan dia tidak mengambil sebarang tindakan.

“Pengurus Kejiranan Majlis Bandaraya Manchester untuk Kesihatan Persekitaran juga tidak menyedari bahawa pokok yew adalah beracun dan tiada notis amaran tentang perkara itu di pintu masuk ke taman mahupun di pokok itu sendiri,” jelas Bridgman.

Pokok yew dengan buah beri dan bijinya dilaporkan mengandungi paras toksin yang tinggi.

Termakan walaupun hanya beberapa biji buah beri atau sehelai daun dari pokok yew boleh menyebabkan kematian.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya