Polis tumpas sindiket dadah berselindung sebalik kedai gunting rambut

Polis tumpas sindiket dadah berselindung sebalik kedai gunting rambut

GAMBAR hiasan. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Polis Itali berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang berselindung di sebalik kedai gunting rambut selepas mengesan perkara mencurigakan dalam kalangan pelanggannya.

Lapor Oddity Central, polis menyedari ramai pelanggan yang mengunjungi premis terbabit adalah botak dan tidak berjambang. 

Susulan itu, polis melakukan serbuan di premis tersebut dan menahan seorang tukang gunting rambut kerana mengedar dadah.

Polis pada mulanya menerima laporan mengenai aktiviti pengedaran dadah di kawasan Foce Genoa namun tidak mempunyai petunjuk kuat untuk melakukan tangkapan. 

Jelas polis, sebuah unit penyiasatan ditubuhkan untuk mengumpul lebih banyak maklumat.

Malah, dengan kerjasama balai Forte San Giuliano, polis juga menubuhkan pasukan pengawasan untuk mengesan sebarang aktiviti luar biasa.

“Pasukan itu mendapati ramai lelaki botak dan tidak berjambang mengunjungi kedai gunting rambut yang dikendalikan oleh suspek berusia 55 tahun. 

“Pelanggan tersebut terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan datang dari latar belakang berbeza.

“Namun, individu berkenaan mempunyai satu persamaan iaitu mereka nampaknya tidak memerlukan potongan rambut,” jelas polis.

Menurut polis, siasatan mendapati kebanyakan pelanggan tersebut mengunjungi premis berkenaan untuk mendapatkan dadah.

“Kami mula-mula menyerbu rumah tukang gunting rambut dan menemukan beberapa gram dadah jenis hashish.

“Selepas itu, kami melakukan serbuan di kedai gunting rambut dan mendapati 100 gram kokain dan bahan untuk membungkus dadah tersembunyi di dalam mezanin,” jelas polis. 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.