Polis Thailand tembak mati 15 penyeludup dadah - Utusan Malaysia

Polis Thailand tembak mati 15 penyeludup dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seramai 15 individu disyaki penyeludup dadah terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan di utara Thailand berhampiran sempadan Myanmar.

Pegawai Thailand berkata kejadian pada Sabtu malam itu turut merampas sebanyak dua juta tablet methamphetamine.

Pemangku Setiausaha Agung Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik, Phanurat Lukboon, berkata pertempuran berlaku selepas tentera menerima maklumat ada penyeludupan berhampiran sempadan di wilayah Chiang Rai.

Beliau berkata, pasukan keselamatan mendapati terdapat sekumpulan lelaki membawa beg galas di kawasan itu dan selepas pegawai memperkenal diri serta meminta untuk memeriksa beg, kumpulan berkenaan mula menembak ke arah mereka.

Kejadian berbalas tembakan itu berlarutan kira-kira 15 minit dan tentera Thailand semuanya selamat, kata Phanurat ketika melawat lokasi kejadian

Sebanyak 17 beg galas yang diperbuat daripada guni baja ditemui bersama penyeludup dan lebih dua juta pil methamphetamine berada di dalam beg itu, kata pegawai.

Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan pegawai keselamatan masih berusaha mengenal pasti 15 orang yang terbunuh dalam pertempuran itu dan tempat asal dadah, menurut Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik.

Rabu lalu, Thailand mengumumkan merampas 50 juta tablet methamphetamine di wilayah barat Kanchanaburi, juga berhampiran sempadan Myanmar.

Myanmar menjadi kawasan pengeluaran dadah utama Asia Tenggara yang berpunca daripada kawalan keselamatan yang longgar di sempadan, iaitu kumpulan etnik minoriti sekian lama memperjuang hak autonomi yang lebih besar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN