GAZA: Pertempuran antara Hamas dan Israel bersambung semula di beberapa kawasan di wilayah itu.
Bermula dari utara Gaza, tentera Zionis melancarkan serangan udara di kawasan kejiranan di Sheikh Radwan.
Tentera Israel juga membedil beberapa kawasan di tengah Gaza dengan alasan utamanya, lakukan apa sahaja untuk menghapuskan Hamas daripada muka bumi Gaza.
Bunyi dron Israel turut kedengaran di ruang udara di selatan Gaza.
Dalam tempoh beberapa jam akan datang, Israel dijangka meningkatkan serangan di seluruh Gaza.