Iran hukum mati ejen perisikan Israel Mossad

Iran hukum mati ejen perisikan Israel Mossad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Seorang ejen perkhidmatan perisikan Israel, Mossad dihukum mati hari ini di tenggara wilayah Sistan-Baluchestan Iran.

Perkara itu dilaporkan oleh agensi berita rasmi IRNA.

“Ejen itu berkomunikasi dengan perkhidmatan asing terutamanya Mossad.

“Individu itu didapati mengumpul maklumat sulit, dengan penyertaan rakan sekutu, memberikan dokumen kepada perkhidmatan asing, termasuk Mossad,” jelas laporan.

Laporan itu bagaimanapun tidak mendedahkan identiti ejen perisikan berkenaan.

Menurut laporan itu, tertuduh menyerahkan maklumat sulit kepada pegawai Mossad dengan tujuan propaganda bagi kumpulan dan organisasi yang menentang Iran.

Ia juga tidak menyatakan lokasi penyerahan yang didakwa berlaku.

Tidak dapat dipastikan bila individu itu ditangkap namun laporan IRNA memaklumkan rayuan untuk dibebaskan telah ditolak.

Hukuman mati ejen perisikan itu dijalankan di penjara Zahedan, Sistan-Baluchestan sehari selepas anggota Baluch menyerang sebuah balai polis di wilayah itu sehingga menyebabkan 11 pengawal keselamatan maut dan beberapa lagi individu cedera. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya