Hamas dakwa Israel berat sebelah tetapkan syarat gencatan senjata

Hamas dakwa Israel berat sebelah tetapkan syarat gencatan senjata

KUMPULAN aktivis pro Palestin membawa sepanduk menuntut negara itu dibebaskan daripada cengkaman Zionis dalam demonstrasi di San Francisco, Amerika Syarikat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Ketika gencatan senjata antara Hamas dan Israel hampir tamat, kumpulan pejuang itu didakwa tidak berpuas hati dengan syarat Zionis bagi melanjutkan lagi gencatan itu.

Menurut sumber Hamas, perkara yang dicadangkan oleh Israel dalam perbincangan bagi melanjutkan gencatan senjata dilihat berat sebelah dan bukanlah yang terbaik.

Kenyataan itu dibuat ketika rundingan yang diketuai negara pengantara, Qatar dan Mesir bagi melanjutkan lagi gencatan senjata tersebut.

Proses gencatan senjata itu menyaksikan seramai 60 tebusan yang ditahan di Gaza dibebaskan dengan semuanya melibatkan kanak-kanak dan wanita.

Sebagai pertukaran, Israel membebaskan 180 tahanan Palestin yang ditahan di penjara wilayah haram itu, serta penghantaran lebih banyak bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Perjanjian gencatan sedia ada berakhir semalam pada pukul 7 pagi waktu tempatan sebelum kedua-dua pihak bersetuju untuk melanjutkan lagi sehara gencatan berkenaan.

Dalam pada itu, sumber memberitahu AFP, rundingan itu tertumpu kepada lanjutan pemberhentian perang selama dua hari atau lebih.

Sumber itu menjelaskan, Hamas turut menuntut pengunduran kereta kebal dan jentera ketenteraan dari Gaza.

“Sebarang perbincangan mengenai pertukaran banduan tentera, tentera dan pegawai hanya boleh dimulakan selepas pencerobohan (Israel) dihentikan dan menarik balik kepungan yang mencengkam Gaza,” kata sumber itu.

Antara tebusan yang masih ditahan Hamas ialah tentera yang dikecualikan daripada perjanjian pertukaran, yang mungkin akan digunakan sebagai subjek tawar-menawar yang penting. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya