Gempa 5.1 magnitud gegar Turkiye - Utusan Malaysia

Gempa 5.1 magnitud gegar Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Gempa bumi berukuran 5.1 magnitud melanda selatan Istanbul, menggegarkan bahagian bandar terbesar di Turkiye.

Gempa itu dilaporkan tidak menyebabkan kecederaan atau kemusnahan

Menurut Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD), pusat gempa terletak di Teluk Gemlik di Laut Marmara atau kira-kira 60 kilometer  di selatan Istanbul, berhampiran bandar Bursa

Wartawan melaporkan merasakan dinding bergegar di kedua-dua belah Asia dan Eropah Istanbul, dengan imej televisyen menunjukkan orang ramai keluar ke jalan untuk untuk menyelamatkan diri.

Bandar paling ramai penduduk di Turkiye terletak berhampiran Sesar Anatolia Utara, salah satu yang paling aktif di dunia.

Dua gempa bumi besar meragut nyawa lebih 50,000 orang di tenggara Turkiye pada Februari, memusnahkan puluhan ribu bangunan di beberapa bandar.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya