Dituduh kelirukan keberkesanan vaksin, Texas saman Pfizer

Dituduh kelirukan keberkesanan vaksin, Texas saman Pfizer

PFIZER dituduh mengelirukan keberkesanan vaksin Covid-19 yang digunakan secara meluas di Amerika Syarikat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEXAS: Pfizer disaman oleh Peguam Negara Texas, Ken Paxton, selepas syarikat pembuat ubat itu dituduh mengelirukan keberkesanan vaksin Covid-19 yang digunakan secara meluas di Amerika Syarikat (AS).

Dalam aduan yang difailkan di Mahkamah Negeri Lubbock County, Paxton berkata, adalah mengelirukan bagi Pfizer untuk mendakwa vaksinnya 95 peratus berkesan kerana ia menawarkan ‘pengurangan risiko relatif’ bagi mereka yang mengambilnya.

Paxton berkata, tuntutan itu berdasarkan fakta hanya terdapat dua bulan data percubaan klinikal dan wabak itu menjadi lebih teruk walaupun selepas orang ramai mula mengambil vaksin Pfizer.

“Pfizer dengan sengaja mengelirukan keberkesanan vaksin COVID-19 dan turut menapis orang yang mengancam untuk menyebarkan kebenaran, bagi memudahkan penggunaan produk dan mengembangkan peluang komersial.

“Kami mengejar keadilan untuk rakyat Texas, yang kebanyakannya dipaksa menerusi mandat vaksin zalim untuk mengambil produk yang rosak dan dijual dengan kempen pembohongan,” katanya.

Paxton, yang merupakan anggota Republikan dan juga antara pengkritik utama usaha pentadbiran Biden memerangi wabak itu, dalam satu kenyataan berkata, Pfizer masih belum menjawab permintaan untuk memberi komen mengenai perkara itu.

Tuntutan itu bertujuan menghentikan Pfizer yang berpangkalan di New York daripada membuat dakwaan palsu dan cuba menutup ‘kenyataan sebenar’ mengenai vaksin.

Jika bersabit kesalahan,syarikat itu boleh didenda lebih daripada AS$10 juta (RM46.69 juta) kerana melanggar undang-undang Texas yang melindungi pengguna daripada kaedah pemasaran yang menipu.

Saman itu merupakan tuntutan kedua Paxton terhadap Pfizer sejak sebulan lalu.

Dalam kes pada 21 November, Paxton menuduh Pfizer dan pembekal memanipulasi ujian kawalan kualiti, menyebabkan pengedaran ubat yang tidak berkesan untuk merawat gangguan hiperaktif pada kanak-kanak. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya