Anak lima tahun lihat ibu maut dibaham jerung

Anak lima tahun lihat ibu maut dibaham jerung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Seorang pelancong maut selepas kakinya putus disyaki diserang jerung ketika dia berenang berhampiran pantai popular di Mexico bersama anaknya yang berusia lima tahun.

Sebuah video menunjukkan mangsa terbaring di atas pasir selepas dibawa ke darat di Melaque, di pantai Pasifik negara itu.

Beberapa orang yang berada di tempat kejadian didengari menjerit memberitahu wanita itu kehilangan kakinya ketika mereka menunggu petugas kecemasan tiba.

Walaupun tindak balas pantas pasukan penyelamat, wanita itu disahkan meninggal dunia akibat kehilangan banyak darah selepas mengalami luka gigitan yang besar.

Mangsa dikenal pasti sebagai pelancong berusia 26 tahun bernama Maria Fernandez Martinez Jimenez dan merupakan bekas pelajar biologi marin di Universiti Guadalajara.

Anak perempuannya terlepas daripada kecederaan walaupun berada di sebelahnya di dalam air.

Laporan tempatan berkata, mangsa sempat membawa anak perempuannya itu ke tempat selamat dengan meletakkannya di atas platform permainan terapung selepas menyedari mereka berada dalam bahaya.

Serangan pada pagi Sabtu itu dikatakan berlaku hanya 19 meter dari garisan perlumbaan renang, menyebabkan acara itu segera dibatalkan.

Pihak berkuasa tempatan mengeluarkan amaran kepada penduduk tempatan dan pengunjung supaya menjauhi kawasan pantai susulan tragedi itu.-AGENSI

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.