Zionis tingkat serbuan di Tebing Barat, puluhan penduduk Palestin ditahan - Utusan Malaysia

Zionis tingkat serbuan di Tebing Barat, puluhan penduduk Palestin ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEBING BARAT: Sekurang-kurangnya 41 rakyat Palestin ditahan dalam tempoh satu malam apabila tentera Israel melakukan serbuan di Tebing Barat.

Serbuan dilakukan di Nablus, Tulkarm dan ramallah, namun kebanyakannya dilakukan di Hebron.

Serbuan itu menyaksikan 25 penduduk Palestin ditahan di kem pelarian al-Fawwar.

Selain itu, bendera Israel juga dilaporkan dikibarkan di kubah masjid di kem pelarian berkenaan.

Tentera Israel turut pergi rumah ke rumah penduduk Palestin untuk menahan golongan lelaki, selain memusnahkan harta benda mereka.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN