Washington Post dikecam siar karikatur kutuk Hamas, Palestin - Utusan Malaysia

Washington Post dikecam siar karikatur kutuk Hamas, Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Akhbar Washington Post menerima kecaman hebat daripada pelbagai pihak selepas menyiarkan karikatur menghina kumpulan pejuang Hamas.

Diberi tajuk ‘Perisai Manusia, karikatur itu menunjukkan imej seorang lelaki memakai sut gelap dan tertera perkataan Hamas.

Turut dilukis bersama karikatur itu adalah empat kanak-kanak yang diikat pada badannya, termasuk bayi pada posisi atas kepalanya.

Selain itu, dilukis juga imej wanita sambil merujuk kepada wanita Palestin berselindung di belakang karikatur tersebut.

Karikatur itu juga digambarkan sedang memikirkan ‘Berani Israel serang penduduk awam?’.

Karikatur itu disiarkan pada 6 November lalu.

Lukisan itu secara tidak langsung menunjukkan Hamas menjadikan penduduk awam di Gaza sebagai perisai manusia dalam bertempur dengan tentera Zionis.

Dua hari selepas disiarkan, Washington Post menerima pelbagai kecaman daripada banyak pihak.

Seorang pengguna platform X menyifatkan karikatur itu sebagai ‘terlalu keji, taksub dan tidak berperikemanusiaan’.

Seorang lagi pengguna media sosial menyatakan ‘amat memalukan Washington Post menyiarkan karikatur ini sedangkan puluhan ribu maut di Gaza yang secara jelas dibunuh oleh Zionis’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN