Warga emas usia 72 tahun tunggang motosikal keliling dunia - Utusan Malaysia

Warga emas usia 72 tahun tunggang motosikal keliling dunia

IDA BAGUS NGURAH WIJAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALI: Penunggang motosikal solo berusia 72 tahun memulakan misi menjelajah ke Afrika dan Eropah bagi mempromosikan produk pelancongan di Bali dan Indonesia.

Ida Bagus Ngurah Wijaya akan menunggang motosikal dengan plat DK dan mengambil laluan dari Cape Town, Afrika Selatan ke Nordkapp, Norway di Eropah Utara.

“Misi saya pastinya adalah untuk memperkenalkan Bali. Kerana saya merasakan saya orang Bali, Indonesia, jadi saya perlu membawa identiti ini kepada dunia,” katanya dalam sidang media di Denpasar.

Misi tersebut bukanlah yang pertama baginya kerana warga emas itu sudah mengembara dengan motosikalnya ke 27 negara dari Asia ke Amerika Syarikat (AS) sejak tahun 2016.

Bagaimanapun Ida Bagus mengakui terpaksa mengelak melalui beberapa negara yang masih bergolak.

“Untuk ke Zimbabwe dan Kenya, nampaknya mustahil melalui Sudan kerana ia sedang bergolak, kemudian dari situ saya boleh menyeberang ke Yemen.

“Jika saya ke barat, saya melalui Nigeria, Ivory Coast, sampai ke Maghribi dan kemudian merentasi Itali,” katanya.

Berhubung tempoh perjalanan, Ida Bagus masih tidak dapat menyatakan dengan pasti kerana mahu mengambil masa menikmati suasana dan melakukan beberapa aktiviti di setiap lokasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN