Tentera udara Jordan hantar bekalan perubatan ke Gaza - Utusan Malaysia

Tentera udara Jordan hantar bekalan perubatan ke Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Raja Jordan, Raja Abdullah II memaklumkan tentera udara negaranya sudah menghantar bantuan perubatan dan farmaseutikal segera ke hospital Jordan di Semenanjung Gaza.

Dalam catatan di media sosial, Raja Abdullah II berkata, adalah menjadi tugas tenteranya untuk membantu mangsa yang cedera dan menderita di Gaza.

Beliau berkata, Jordan akan kekal sebagai penyokong kuat rakyat Palestin yang turut digelar sebagai saudara mereka.

“Kru tentera udara kami yang tidak gentar menurunkan bantuan perubatan segera ke hospital lapangan Jordan di Gaza dari udara pada tengah malam.

“Ini adalah kewajipan untuk membantu saudara-saudara kita yang cedera dalam peperangan di Gaza. Kami akan sentiasa ada untuk saudara Palestin kami,” kata Raja Abdullah II dalam satu hantaran di X.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, jumlah rakyat Palestin yang terbunuh dalam pengeboman Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 9,770.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN