Siapa yang enggan berpindah dari Hospital al-Shifa akan ditembak Zionis

Siapa yang enggan berpindah dari Hospital al-Shifa akan ditembak Zionis

PETUGAS menyusun mayat penduduk yang terkorban di Hospital al-Shifa di Gaza, Palestin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Menteri Kesihatan Palestin, Mai al-Kaila memaklumkan, kompleks kesihatan terbesar di Gaza, Hospital Al-Shifa telah diarahkan untuk dikosongkan oleh tentera rejim zionis Israel.

Arahan pengosongan tersebut menyebabkan sejumlah 126 pesakit melibatkan 34 bayi yang baru lahir termasuk kakitangan perubatan hospital itu untuk berpindah secara dipaksa.

Katanya lagi, hospital itu kini menjadi pangkalan tentera Israel dan mereka yang berlindung di situ diusir dengan ancaman senjata.

“Pencerobohan Israel menuntut pemindahan pesakit, yang cedera dan kakitangan perubatan, serta mereka yang mencari perlindungan di hospital, dalam masa satu jam, bermakna, dalam masa satu jam mereka harus berpindah, untuk menghadapi nasib yang tidak diketahui.

“Mereka diusir dengan ancaman senjata, dan yang tinggal hanyalah 126 pesakit, lima doktor, dan 34 bayi pramatang kekal di wad hospital yang berbeza,” katanya dalam sidang media.

Israel menjadikan Hospital Al-Shifa sebagai sasaran utama kemaraan operasi daratnya, dengan tenteranya mengatakan bahawa hospital itu terletak di atas kubu bawah tanah milik kumpulan pejuang Hamas.

Bagaimanapun, Hamas dan kakitangan hospital menafikan perkara itu dan berkata penemuan Israel di sana setakat ini tiada bukti berhubung dakwaan tersebut.

Dalam pada itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengetuai pasukan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam misi penilaian ke atas Hospital Al-Shifa menyifatkan kemudahan kesihatan itu sebagai ‘zon maut’.

“Pasukan berkenaan hanya dapat menghabiskan satu jam di dalam hospital itu.

“WHO dan rakan kongsi sedang merangka pelan segera untuk memindahkan baki pesakit, kakitangan dan keluarga mereka,” kata WHO lapor Agensi Anadolu.

Pada Rabu, tentera penceroboh Israel menyerbu Hospital Al-Shifa yang juga merupakan tempat perlindungan bagi ribuan rakyat Palestin yang melarikan diri daripada serangan udara, sebelum diusir keluar oleh tentera rejim.

Israel membunuh lebih 12,300 rakyat Palestin dalam serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya