'Sekurangnya, biarlah kami hidup aman walaupun Gaza dikepung Zionis'

‘Sekurangnya, biarlah kami hidup aman walaupun Gaza dikepung Zionis’

PENDUDUK Palestin yang dipaksa berpindah mahu melihat gencatan senjata kekal di Semenanjung Gaza.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Bapa kepada tiga anak, Ayman Harb bertahan tinggal bersama keluarganya di kejiranan Shujayea di Gaza City selama lebih sebulan, walaupun bom dan kereta kebal Israel memusnahkan kawasan pusat bandar terbesar yang dikepung itu.

IDAM GENCATAN SENJATA PENUH

Minggu lalu, sejurus sebelum jeda kemanusiaan empat hari berkuat kuasa, Ayman,41, memutuskan untuk melarikan diri.

Salah seorang anak lelakinya yang menghidap cerebral palsy memerlukan tangki oksigen namun tentera Israel mengancam untuk menembak Ayman jika dia tidak membuang alat tersebut.

Kini di tengah Gaza, Ayman hanya mempunyai satu impian, agar jeda bertukar menjadi gencatan senjata sepenuhnya yang membolehkan dia dan keluarganya pulang ke rumah mereka.

AYMAN Harb berharap dapat kembali ke rumahnya selepas gencatan senjata dilanjutkan.-AGENSI

Pada petang Isnin ketika gencatan senjata selama empat hari hampir berakhir, Qatar yang memainkan peranan penting dalam perantara rundingan mengumumkan bahawa jeda peperanga dilanjutkan dua hari lagi.

Bagi keluarga di seluruh Gaza, jeda singkat itu juga menggambarkan penderitaan dan penghinaan 2.3 juta penduduk di kawasan itu, yang diserang sejak 7 Oktober lalu.

Rakyat Palestin menggesa gencatan senjata kekal, menekankan bahawa keutamaan mereka kini adalah untuk kembali ke rumah mereka walaupun sudah musnah dalam pengeboman tanpa henti sejak hampir dua bulan lalu.

Gencatan senjata sejak Jumaat lalu menyaksikan tebusan dilepaskan oleh Hamas sebagai pertukaran untuk pembebasan wanita dan kanak-kanak Palestin yang dipenjarakan di Israel.

Gencatan senjata itu menenangkan sementara langit di Semenanjung Gaza daripada dentuman tanpa henti dron dan pesawat perang Israel tetapi tidak banyak membantu meredakan trauma penduduknya.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 1.6 juta orang dipaksa berpindah ke selatan wilayah itu tetapi beberapa keluarga yang cuba kembali ke utara semasa gencatan senjata dilaporkan ditembak oleh penembak tepat Israel.

Yang lain pula dipaksa untuk terus hidup dalam kedaifan yang amat teruk.

MAHU PULANG

“Saya kini tinggal di khemah di perkarangan Hospital Al-Aqsa Syuhada selama seminggu, betul-betul di sebelah ambulans.

“Kami berhimpit kira-kira 20 orang dalam satu khemah, tetapi saya terpaksa menghantar isteri dan dua lagi anak saya tinggal bersama saudara selepas hujan membasahi khemah kami.

“Ya, pengeboman sudah berhenti, tetapi kami memerlukan gencatan senjata yang membolehkan kami pulang ke rumah kami. Jika tidak, tiada gunanya,” katanya kepada Al Jazeera.

Ayman mengeluh lebih rela pulang ke rumah dan mati di sana daripada tinggal di khemah dalam keadaan malukan dan terpaksa bergantung kepada orang ramai untuk keperluan asas kehidupan.

“Kami tidak mahu perang. Kami hanya mahu tinggal di rumah kami dengan maruah yang utuh,” kata Badr yang berusia 20 tahun.

Perkara sama disuarakan ibu kepada 10 anak, Imm Shadi al-Taher, 63 yang dipindahkan dari rumahnya di Tall az-Zaatar di Gaza City tiga minggu lalu.

Imm Shadi juga terpaksa tinggal bersama 25 ahli keluarganya dalam satu khemah di kawasan hospital.

Warga emas itu mengakui berasa amat lega kerana tidak lagi mendengar bunyi dron, pesawat perang atau tembakan meriam tetapi dia tidak tahan tinggal jauh dari kediamannya.

“Saya sanggup tinggal di dalam khemah tetapi di atas runtuhan rumah saya sendiri di mana saya tidak perlu meminta bantuan sesiapa.

“Saya mahu kembali untuk mengebumikan adik-beradik saya yang masih di bawah runtuhan rumah mereka yang musnah,” katanya.

Menurut pejabat kerajaan Gaza, sekurang-kurangnya 6,800 orang masih hilang dan dianggap terkorban di bawah runtuhan.

Jumlah itu tidak termasuk 14,854 rakyat Palestin yang terbunuh sejak 7 Oktober lalu, majoritinya wanita dan kanak-kanak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN