GAZA: Puluhan ribu penduduk di bahagian utara Gaza sanggup berjalan kaki selama beberapa jam bagi melarikan diri ke selatan wilayah itu selepas tentera Israel terus melancarkan serangan udara.
Menurut seorang penduduk Gaza, dia sudah berjalan selama hampir dua jam bersama keluarganya dan berharap mereka dapat sampai ke destinasi yang ditujui.
“Kami sudah berjam-jam berjalan kaki untuk ke selatan Gaza.
“Tentera Zionis mengebom semua kawasan sehinggakan kami tidak tahu adakah langkah ini (melarikan diri ke selatan Gaza) merupakan keputusan terbaik.
“Kami bimbang jika kami pula menjadi sasaran bom ketika dalam perjalanan,” katanya yang enggan mendedahkan nama.
Terdahulu, tentera Zionis memaklumkan, pihaknya kini meningkatkan serangan dan kawalan di sekitar Gaza sebagai memberi tekanan kepada Hamas supaya menyerah kalah.
Israel juga mendakwa tenteranya berjaya mengepung kebanyakan kawasan di Gaza yang dipercayai menjadi kubu Hamas.