Pertempuran junta Myanmar-pemberontak meningkat, Thailand cuba bawa pulang 162 rakyatnya - Utusan Malaysia

Pertempuran junta Myanmar-pemberontak meningkat, Thailand cuba bawa pulang 162 rakyatnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand berusaha membawa pulang seramai 162 rakyatnya yang terperangkap di Myanmar akibat pertempuran yang semakin mengganas antara tentera junta dan pemberontak etnik minoriti, berhampiran sempadan China.

Menurut jurucakap kerajaan Thailand, usaha itu dilakukan susulan pertempuran yang meletus minggu lalu di negeri Shan di utara Myanmar membabitkan pakatan tentera etnik minoriti, yang melancarkan beberapa siri serangan terancang ke atas kedudukan junta.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, Srettha Thavisin, sudah memaklumkan kepada kedutaan di Myanmar untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyelamatkan rakyat negara itu.

Katanya, sehingga kini rakyat Thailand dan negara lain masih terperangkap kerana pertempuran.

“Pada masa ini, kedutaan sedang membincangkan cara untuk membantu semua rakyat Thailand supaya dapat pulang secepat mungkin,” katanya melalui kenyataan, semalam.

Usaha untuk menyelamatkan rakyat Thailand di Myanmar dilakukan selepas sekurang-kurangnya 30 rakyat negara itu dengan kebanyakannya pekerja ladang, terbunuh semasa serangan pejuang Hamas di selatan Israel pada 7 Oktober lalu.

Dalam serangan itu, seramai 16 rakyat Thailand cedera manakala 17 lagi kini ditahan Hamas.

Sementara itu, menurut tentera pemerintah Myanmar, pihaknya kehilangan kawalan ke atas beberapa bandar bersempadan dengan China, termasuk Chinshwehaw yang berhampiran dengan wilayah Yunnan, China.

Myanmar berada dalam keadaan huru-hara sejak rampasan kuasa tentera pada Februari 2021 selepas menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik pimpinan Aung San Suu Kyi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya