PBB gesa lebih banyak lintasan sempadan dibuka bawa bantuan masuk ke Gaza

PBB gesa lebih banyak lintasan sempadan dibuka bawa bantuan masuk ke Gaza

TRAK melalui lintasan Kerem Shalom yang dikawal Israel di Rafah, Palestin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Lebih daripada satu lintasan sempadan diperlukan untuk komuniti antarabangsa menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza dan Kerem Shalom yang dikawal Israel merupakan satu-satunya pilihan yang ada untuk membawa lebih banyak bantuan ke wilayah bergolak tersebut.

Trak bantuan kemanusiaan sudah masuk ke Gaza menerusi lintasan Rafah di Mesir sejak minggu lalu dan lintasan itu menjadi ‘penyambung hayat utama’ bagi penduduk di wilayah berkenaan setiap kali berlakunya konflik dengan Israel.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan, bantuan yang disalurkan ke Gaza menerusi Rafah adalah tidak mencukupi.

“Perlu lebih daripada satu laluan untuk membawa masuk bantuan ke Gaza.

“Kerem Shalom yang terletak antara Gaza dan Israel merupakan satu-satunya lintasan yang boleh membawa jumlah bantuan dalam kuantiti lebih banyak berbanding lintasan Rafah,” kata Pegawai Kanan Bantuan PBB, Lisa Doughten.

Sebelum ini, Amerika Syarikat (AS) mengetuai rundingan dengan Israel, Mesir dan PBB untuk menjamin bekalan bantuan ke Gaza berjalan lancar.

Menurut Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Cindy McCain, setiap trak bantuan perlu menjalani pemeriksaan ketat dan hanya dibenarkan masuk ke Gaza sekiranya tidak membawa sebarang bekalan ‘berbahaya’.

Duta AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield pula menegaskan jumlah trak bantuan kemanusiaan yang masuk ke Gaza perlu ditingkatkan segera.

Dalam pada itu, Doughten memaklumkan, Gaza amat memerlukan bekalan bahan api untuk membolehkan semua hospital dan kemudahan lain dapat berfungsi pada skala penuh.

Namun, penghantaran bekalan itu ditolak Israel yang mendakwa bahan api akan digunakan Hamas untuk melancarkan lebih banyak serangan ke Israel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya