OIC kecam menteri Israel cadang jatuhkan bom nuklear di Gaza - Utusan Malaysia

OIC kecam menteri Israel cadang jatuhkan bom nuklear di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk kenyataan biadab Menteri Warisan Israel, Amichai Eliyahu yang mencadangkan bom nuklear dijatuhkan di Gaza.

Memetik kenyataan Agensi Berita Palestin WAFA, OIC membidas kenyataan tersebut dan menyifatkannya sebagai lanjutan daripada ideologi pengganas.

“Masyarakat antarabangsa digesa mengutuk tindakan Israel itu dan mengambil langkah berkesan untuk menghentikan pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

“Kenyataan itu juga berunsur hasutan untuk membunuh dan melakukan jenayah perang, sebagai tambahan kepada jenayah-jenayah yang dilakukan terhadap penduduk Gaza.

“Ia jelas melanggar undang-undang antarabangsa, konvensyen dan resolusi antarabangsa,” kata OIC.

Eliyahu dilaporkan menyatakan cadangan itu dalam satu wawancara radio namun kemudian memanggil ucapan itu sebagai metafora.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menggantung Eliyahu daripada mesyuarat kabinet, satu tindakan tanpa kesan praktikal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya