Nenek bersama lima cucu maut rumah terbakar di Filipina - Utusan Malaysia

Nenek bersama lima cucu maut rumah terbakar di Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Enam sekeluarga maut, manakala dua lagi cedera dalam insiden kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah dua tingkat di wilayah Quezon, tenggara Manila pada Sabtu, lapor Xinhua.

Menurut laporan polis, mangsa yang terbunuh merupakan seorang nenek berusia 69 tahun bersama lima cucunya, manakala mangsa yang cedera terdiri wanita berusia 48 dan 37 tahun.

Kejadian berlaku kira-kira 1 pagi waktu tempatan dan api berjaya dipadamkan kira-kira satu jam setengah kemudian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN