Konflik Israel-Hamas: Hampir 5,000 kanak-kanak terbunuh di Gaza

Konflik Israel-Hamas: Hampir 5,000 kanak-kanak terbunuh di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Sekurang-kurangnya 4,880 kanak-kanak terbunuh dalam konflik berterusan antara Israel-Hamas di Gaza.

Angka kematian penduduk Palestin akibat pengeboman Israel yang genap sebulan esok, dilaporkan kini mencecah seramai 9,770 orang.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Gaza.
Lapor Al Jazeera, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan kira-kira 1.5 juta penduduk Palestin kehilangan tempat tinggal di Gaza.

Tentera Israel memaklumkan pasukannya menyasarkan kumpulan pejuang Hamas dan aset-aset mereka, dan mendakwa orang awam digunakan sebagai perisai.

Di sebalik dakwaan itu, para pengkritik menyifatkan serangan Israel adalah tidak wajar mengambil kira begitu banyak orang awam terbunuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN