Hezbollah sedia perang dengan Israel? - Utusan Malaysia

Hezbollah sedia perang dengan Israel?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Pemimpin Hezbollah mengesahkan mereka sudah menyerang 19 kedudukan Israel di sepanjang sempadan secara serentak semalam, menandakan kesediaan mereka untuk berperang.

Tindakan terbabit dijangka menyebabkan serangan balas lebih besar, pada hari sebelum berlangsungnya ucapan pemimpin kumpulan yang disokong Iran itu mengenai perang Israel-Palestin.

Ketua Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah, hari ini dijadual berucap buat kali pertama sejak perang Israel-Palestin meletus.

Menurut Hezbollah, pejuangnya menyerang 19 kedudukan tentera Zionis secara serentak dengan peluru berpandu dan artileri pada pukul 3.30 petang waktu tempatan.

Katanya, serangan itu dilakukan ketika pejuang terbabit melancarkan serangan dron ke atas berek tentera Israel di kawasan Ladang Shebaa yang dipertikaikan.

Khamis lalu, Hezbollah mendakwa pejuangnya berjaya menjatuhkan dron Israel dengan peluru berpandu darat ke udara.

Sempadan Israel-Lubnan menyaksikan pertempuran yang semakin meningkat, terutama antara tentera Israel dan sekutu Hamas, Hezbollah, sejak pejuang Palestin itu melancarkan serangan mengejut pada 7 Oktober lalu.

Menurut Agensi Berita Kebangsaan rasmi Lubnan, empat orang terbunuh dan yang beberapa lagi cedera dalam pengeboman Israel di wilayah sempadan, manakala Hezbollah mengumumkan seorang pejuangnya terkorban.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya