Hamas berharap perang, keganasan Zionis berakhir - Utusan Malaysia

Hamas berharap perang, keganasan Zionis berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Kumpulan pejuang Hamas berharap perang dan keganasan akan dihentikan terhadap rakyat Palestin, kata pemimpin Hamas, Ghazi Hamad kepada portal berita Al Jazeera.

“Saya berharap kita dapat lanjutkan (gencatan senjata) sehingga kita dapat mengakhiri peperangan ini dan keganasan ke atas rakyat kita di Gaza,” kata anggota biro politik Hamas itu.

“Saya fikir terdapat sokongan yang baik daripada kerajaan Qatar dan Mesir, bahkan dari kerajaan-kerajaan Barat juga. Kesemua mereka mahu gencatan senjata dilaksanakan,” ujar Ghazi lagi.

Dalam masa sama, Ghazi menyatakan harapan agar seluruh komuniti antarabangsa memberi tekanan ke atas Israel berhubung tindakan kejam Zionis itu terhadap rakyat Palestin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN